Saturday, October 3, 2009



Posted by Posted by ZulBM at 1:04 PM
Categories:

0 comments  

Monday, June 22, 2009


Ini komen saya terhadap ebook yang telah di hasilkan oleh Sdra Khairulnahar aka THINKERICH yang berjodol "PANDUAN WANG GAJI". Harganya berpatutan iaitu hanya RM20. Dapatkannya sekarang!




"Menarik!!! Pembaca Boleh Belajar Panduan Asas Dalam Aspek Perancangan dan Pengurusan Kewangan Yang Komprehensif"

Ebook ini merangkumi segala aspek pengurusan kewangan seperti simpanan, pelaburan, perlindungan takaful/insuran, percukaian, pengeluaran zakat untuk keberkatan wang gaji dan tidak lupa motivasi untuk menghadapi musuh-musuh pengurusan kewangan yang sebenar iaitu diri sendiri!

Kupasan yang menarik terutama penerangan berkaitan dengan bab perlindungan takaful di mana penekanan lebih diberikan kepada konsep takaful itu sendiri sebagai perlindungan bukannya pelaburan sepertimana yang di uar-uarkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri sendiri.

Tidak ketinggalan juga penerangan yang menarik berkaitan dengan pelaburan unit amanah yang mana masih ramai lagi yang masih tidak memahami sepenuhnya konsep bagaimana perjalanan unit amanah tersebut dan bagaimana keuntungan atau dividen boleh di perolehi dalam tempoh sederhana dan panjang.

SYABAS kepada saudara Khairulnahar aka THINKERICH…..semoga ebook ini dapat membantu pembaca memahami dengan lebih baik lagi berkaitan pengurusan kewangan dan perlunya menguruskannya dengan cara yang betul dan efektif untuk keperluan semasa, akan datang dan masa depan (persaraan.)

Posted by Posted by ZulBM at 11:20 PM
Categories:

0 comments  

Friday, August 8, 2008



Profile Penceramah
En Nor Azmi Omar merupakan seorang Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) dan memegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah 7 tahun membina kerjaya di dalam industri pembrokeran saham, beliau mengambil keputusan untuk menjadi konsustan/penasihat sepenuh masa untuk industri amanah saham, takaful dan pengagihan harta bersama CIMB Wealth Advisors Berhad.

Semasa bekerja di JF Apex Securities Berhad, jawatan terakhirnya adalah sebagai Timbalan Presiden, Jabatan Jualan dan Urusniaga dan bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengawasi potfolio pelaburan pelanggan-pelanggan korporat dan perseorangan seperti Pheim Asset Management, Apex Asset Management, juga pelaburan terus dari pelbagai syarikat yang melabur di dalam pelbagai jenis saham dan pelbagai matlamat pelaburan. Beliau juga terlibat secara langsung di dalam membangunkan, mempromosi dan menjual kaedah pelaburan melalui internet untuk pelabur di dalam Bursa Malaysia. Selain dari pengetahuan dalam bidang pelaburan, beliau juga berpengalaman di dalam bidang perakaunan dan pelbagai perkhidmatan kewangan semasa beliau baru memulakan kerjayanya.

En. Nor Azmi Omar merupakan seorang yang amat bertanggungjawab dan berpengetahuan luas dalam menguruskan perancangan perlindungan takaful, perancangan pelaburan dan juga perancangan peningkatan kekayaan (wealth accumulation) untuk bakal-bakal pelanggan. Beliau telah mencipta satu kaedah yang mudah dan praktikal untuk mengawasi pelaburan dan kedudukan portfolio untuk mengetahui prestasi terkini kedudukan kewangan pelanggan-pelanggannya. Dengan semangat kerja yang tinggi, kebertanggungjawaban, kreatif dan berpengetahuan luas berkenaan perancangan kewangan, beliau menjanjikan perkhidmatan yang profesional dan efektif kepada pelanggan individu mahupun korporat.

Di antara badan korporat yang telah melabur dan diuruskan ialah Univeriti Kebangsaan Malaysia, Institut Tengku Ampuan Afzan, Dataran Fokus Sdn Bhd, Wood Star Jaya Sdn Bhd, Hadsuki Technologies Sdn Bhd dan lain-lain. Pelanggan individu beliau meliputi segenap lapisan seperti pegawai eksekutif, pengurus, guru, jururawat, kakitangan kerajaan, peniaga dan juga pelajar.

Beliau telah diiktiraf sebagai Million Dollar Producer 2007 oleh CIMB Wealth Advisors dan menjadi juara untuk suku keempat tahun 2007 dalam kategori Pengurusan Pelaburan Pelanggan Korporat CIMB.




Objektif Perancangan Kewangan
1. Bagaimanakah anda dapat menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda setiap bulan?

2. Bagaimanakah caranya untuk mempercepatkan dan menjimatkan bayaran pinjaman perumahan anda dalam masa yang singkat?

3. Bagaimanakah caranya anda dapat menyediakan simpanan yang mencukupi untuk persaraan?

4. Bagaimana caranya untuk melabur dalam masa singkat, pertengahan dan jangkamasa panjang?

5. Bagaimanakah untuk memilih skim perlindungan yang terbaik?

6. Bagaimanakah caranya untuk menguruskan wasiat?

7. Bagaimanakah caranya untuk menguruskan cukai dan zakat?


Siapakah yang patut hadir ke workshop ini?
Adakah anda tergolong daripada kategori berikut?
1. Anda tidak merancang perbelanjaan atau anda mempunyai perancangan tetapi tidak menghiraukannya. Berbelanja atas barang-barang yang anda suka tanpa mengambil kira sama ada anda mampu membelinya menyebabkan anda mengalami masalah kewangan. Kebanyakan orang mengalami masalah kewangan bukan kerana mereka merancang untuk gagal tetapi kerana gagal merancang. Apakah anda salah seorang daripadanya?

2. Jika anda biasa hidup mewah atau sentiasa mengikut trend, anda berasa perlu mengekalkannya walaupun ketika menghadapi masalah kewangan. Jadi, anda terus berbelanja.

3. Kini terlalu mudah memperoleh kad kredit dan keinginan berbelanja menggunakan kad sentiasa ada. Berbelanja menggunakan kad kredit selalu membuat anda berasa mempunyai lebih banyak wang daripada yang sebenarnya dan ini mendorong anda berbelanja lebih.

4. Sepanjang bulan jualan “MEGA” Malaysia, seluruh negara sakan berbelanja dan anda boleh turut terikut-ikut dengan angin membeli-belah. Lagipun, diskaun sehingga 60 atau 70 peratus hanya datang sekali-sekala dan anda berbelanja tanpa terkawal walaupun ke atas barangan yang tidak perlu.



5. Antara keseronokan berada dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ialah perayaan sepanjang tahun. Sejak beberapa minggu sebelum musim perayaan, orang Malaysia sentiasa memikirkan yang BARU! Anda juga tidak terkecuali. Ini bermakna membeli barangan baru seperti sofa baru, langsir baru atau baju baru, walaupun yang ada masih elok lagi.

6. Tiada siapa yang mengajar anda menguruskan kewangan anda dan anda pula tidak mengambil berat untuk belajar atau meminta bantuan. Moto anda dalam hidup ini mudah sahaja iaitu kerja keras dan berbelanja besar.
7. Anda mendengar khabar angin mengatakan syarikat tempat anda bekerja akan memberikan bonus yang banyak. Jadi, anda mula berbelanja besar, biasanya dengan menggunakan kad kredit. Akhirnya anda mengalami masalah kewangan kerana bonus yang diperoleh jauh lebih sedikit daripada yang dijangkakan, atau lebih buruk lagi, tiada bonus langsung!



Jika anda seorang yang mabuk berbelanja, anda tidak keseorangan. Banyak orang yang bersusah payah cuba mengawal tabiat berbelanja mereka dan tidak tahu bagaimana hendak membatasinya. Membeli-belah dan berbelanja merupakan petunjuk zaman moden mengenai tabiat lama manusia yang gemar berburu dan berkumpul. Bezanya, kini “perburuan” kita bukan untuk mendapatkan haiwan besar zaman purba, sebaliknya kita ke kompleks membeli-belah untuk “memburu” barangan. Ini merupakan satu masalah tetapi kita boleh mengatasinya.
Langkah paling besar yang boleh diambil ialah menyedari diri kita mempunyai masalah tersebut dan cari jalan atau dapatkan bantuan untuk mengatasinya.

Untuk mereka yang “mabuk berbelanja”, anda patut hadir ke Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi Komprehensif untuk mengetahui cara merancang perbelanjaan dan menguruskan hutang dengan lebih baik dan effektif.






Posted by Posted by ZulBM at 2:27 PM
Categories:

0 comments  

Personal Coaching One To One Basis

Lesen Suruhanjaya Sekuriti

Lesen Suruhanjaya Sekuriti

Financial Planning Association Malaysia (FPAM)

Financial Planning Association Malaysia (FPAM)

Gambar Workshop

Gambar Workshop




Daftar sekarang!