Syarikat ini ditubuhkan bagi merealisasikan cadangan untuk mendapatkan lesen Penasihat Kewangan dari Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Di antara khidmat nasihat yang disediakan ialah Nasihat Pengurusan Kewangan, Pelaburan Unit Amanah, Perlindungan Takaful dan Insuran, Perancangan Wasiat, Pengurusan Tunai dan Hutang, Perancangan Zakat dan Cukai serta Perancangan Kewangan Korporat.
Seminar dan Workshop Pengurusan Kewangan Menyeluruh telah dijalankan di pelbagai organisasi dan tempat seperti Perbadanan Putrajaya, MECD, Kausar Corporation Sdn Bhd, Emzex Engineering Sdn Bhd, Uniten, DBP dan pelbagai lagi. Seminar dan workshop juga dijalankan secara terbuka dan dilaksanakan di Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Johor Bahru dan beberapa lokasi yang telah dan sedang di kenalpasti.
Bilangan peserta yang telah menghadiri seminar dan bengkel telah melebihi 1000 orang. Seramai lebih 300 pelanggan telah melaksanakan program pengurusan kewangan secara menyeluruh.
Misi syarikat ialah menjadi peneraju utama dalam industri pengurusan kewangan menyeluruh dan membantu setiap pelanggan mencapai matlamat kewangan terkini dan juga matlamat jangka sederhana dan jangka panjang melalui khidmat nasihat dan pelaksanaan pengurusan kewangan. Untuk mendapatkan perkhidmata kami, hubungi : Nor Azmi bin Omar B.Acc (UKM) CFP Certified Financial Planner (FPAM Membership No. C0041146)
Zulkiflee Mohammad Financial Consultant Mobile : 019-377 6239 Email : zul_hami(at)yahoo.com http://www.asasteguh.com/
0 comments:
Post a Comment